PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Friday, August 19, 2011

Mengapa Anda Perlu BERFIKIR Untuk Memiliki Takaful?

Apabila diminta membuat keputusan sekarang, ramai orang yang akan memberi alasan,

“Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi…tunggula minggu depan”.

Seminggu telah berlalu dan apabila ditanya lagi, alasan yang sama diberikan....

“Takaful? Saya belum terfikir lagi untuk membeli Takaful”.

Ada juga dimana ramai membuat keluhan....

“Nanti..nantilah..banyak hal lagi nak fikir..lagi banyak kau bercakap lagi pening aku"

….begitulah kata-kata kepada seorang agen takaful. Ada juga beralasan

“Bukan tidak mahu ambil..tapi duit tidak cukup la…tunggu gaji naik lah ye..”.

Beginilah senario yang belaku kebanyakan orang.


Saudara… untuk membeli takaful dan kad perubatan, anda sebenarnya TIDAK PERLU BERFIKIR LAMA-LAMA! !! DAN TIDAK PERLU BERALASAN-ALASAN!!!

Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda belum perlukan takaful kerana anda sangka, diri anda kebal atau kuat dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda. Atau anda rasakan sakit sihat adalah kerja ALLAH sahaja? YA…saya tidak nafikan…semuanya urusan ALLAH namun ALLAH telah berfirman:

“aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mahu berubah” dan nabi bersabda “tambatlah dahulu unta mu itu sebelum kamu bertawakal kepada ALLAH”.

Jelas di sini kita perlu berusaha dahulu sebelum menyerahkan semua urusan kepada ALLAH.

Adakah anda tahu?? Hanya orang yang SIHAT sahaja yang ditawarkan oleh syarikat takaful untuk memiliki pelan tawaran mereka? Jika anda berlengah-lengah…andaikan anda telah diserang penyakit maka anda tidak akan dibenarkan oleh mana-mana syarikat takaful untuk memiliki pelan mereka. Jika anda tidak percaya…PruBSN Takaful telah menolak permohonan kakak saya kerana telah menghidapi penyakit…klik disini untuk pembuktian.

Sebelum kakak saya sedar akan kepentingan takaful serta semasa itu tiada lagi kad perubatan takaful, kakak saya telah menghidapi penyakit dan kini sebanyak DUA kali kakak saya memohon untuk mendapatkan pelan takaful dan kad perubatan daripada PruBSN Takaful dan kedua-duanya diTOLAK. Adakah anda ingin menerima nasib yang saya? Saya tidak sedih dengan situasi kakak saya kerana penyakit yang dihidapinya sejak kecil dan tiada tawaran produk takaful sewaktu itu. Kini anda telah dihidangkan lebih 8 syarikat takaful namun anda sia-siakan..itulah amat menyedihkan saya.

Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan takaful atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!

Tahukah anda, jika anda ingin mendapat rawatan sakit jantung di Institut Jantung Negara adalah RM31,000.00? Dan rawatan 2 bulan sekali berjumlah RM1,000.00? Ini baru jantung tidak lagi kanser.

Jika ini berlaku kepada anda…mari kita sama-sama fikirkan jalan penyelesaiannya…jom…

1. Menggunakan simpanan sendiri?

Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu?

Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah untuk anda mengumpul wang sebanyak RM31,000.00 itu? Sedangkan anda memerlukan wang tersebut dengan segera! Saya hanya menggunakan contoh rawatan RM31,000.00, jangan lupa kos rawatan kanser atau buah pinggang lebih lagi daripada ini…

Anda mungkin akan menyatakan, saya akan membuat simpanan khas untuk rawatan sakit saya dan keluarga saya. Saya ucapkan TAHNIAH kepada anda!!! Harus anda ingat, adakah anda tahu bila anda akan sakit? Mulai bulan ini anda teruskan niat anda…bulan hadapan pasti tidak sakit? Pasti tidak kemalangan? Adakah semua itu hanya akan anda tempuhi selepas simpanan anda banyak? Boleh anda simpan RM500 sebulan untuk tabung rawatan? Saya rasa anda tidak mampu kerana dengan serendah RM100 pun anda berkira dan tidak mahu keluarkan apatah lagi RM500!!! Percayalah…Betul atau tidak?

2. Menjual harta benda?

Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?

Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada harga murah.

Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

3. Memohon pinjaman?

Adakah pihak bank sudi memberi anda pinjaman, jika sudah sakit kritikal dan tidak lagi berupaya untuk bekerja?

Adakah anda memiliki kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal?

Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?

Pepatah yang baik “biarlah bayar bulan-bulan sebelum sakit daripada bayar bulan-bulan selepas sakit…” apa maksudnya? Memang benar pelan takaful perlu komitmen bulan-bulan daripada anda untuk membayarnya..namun ia akan PERCUMA apabila tiba masanya..dan janganlah pula anda membayar bulan-bulan komitmen pinjaman peribadi untuk rawatan sakit anda..ketika ini sakit krtitikal dapat dan “sakit duit” pun dapat..anda pilih lah…jangan terlalu anti dengan bayar bulan-bulan kerana anda mungkin atau pasti alaminya jua nanti…

4. Meminta derma?

Adakah badan kebajikan yang mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau kerenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu begitu lama, untuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?

Apa lagi yang anda fikirkan?

Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, namun masih ramai yang ingin berfikir panjang untuk mendapatkan perlindungan takaful.

Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri. Milikilah pelan takaful dank ad perubatan serendah RM100 hari ini juga!!!

Dapatkan taklimat secara PERCUMA daripada saya untuk menentukan pelan yang manakah bersesuaian dengan anda...hubungi saya di talian 0129093444 atau email atiqaziz_84@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment