PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Sunday, August 21, 2011

5 Langkah Menyelesaikan Masalah


Di sini saya hendak berkongsi dengan anda situasi seseorang jika sedang diuji dengan ujian yang besar dan getir seperti menghidapi penyakit kritikal atau lumpuh. Bukanlah saya mendoakan anda untuk tidak sihat namun inilah situasi yang akan berlaku jika…kitalah yang sakit dan jika…. kita tiada perlindungan.
Saya gariskan 5 langkah kepada untuk menyelesaikan masalah ini. Adakah langkah ini bijak atau sebaliknya, anda yang akan tentukan apabila selesai membaca artikel ini.

Langkah 1
Menghabiskan Simpanan


Mula-mula seseorang itu akan menggunakan duit simpanan yang mereka ada. Tidak kiralah simpanan gaji atau simpanan dalam tabung haji atau simpanan dalam ASB dan tidak terkecuali juga pengeluaran simpanan KWSP yang semua orang hendak gunakan disaat hari-hari tua. Persoalan, berapa banyakkah simpanan anda? Adakah anda mahu menggunakan langkah ini??? Jika tidak mahu, anda boleh teruskan pembacaan…

Langkah 2
Menjual Aset
Setelah simpanan anda mulai susut, langkah seterusnya adalah menjual aset-aset anda seperti rumah, tanah, barang kemas, kereta dan sebagainya. Semua ini anda akan lakukan demi menyelamatkan ahli keluarga anda daripada terus merana dan menemui ajal.
Persoalannya adalah, berapa banyakkah aset yang anda miliki sepenuhnya? Jikalau rumah yang anda jual, berapa sangat wang yang anda akan dapat kerana rumah masih berhutang dan di manakah anda dan sekeluarga ingin tinggal? Adakah anda akan memperolehi wang dengan segera hasil penjualan rumah tadi? Adakah anda tahu tempoh jualan rumah memakan masa berbulan-bulan?
Adakah anda mahu menggunakan langkah ini??? Jika tidak mahu, anda boleh teruskan pembacaan…

Langkah 3
Membuat Hutang
Langkah seterusnya selepas aset dijualkan ialah membuat pinjaman. Anda mempunyai kad kredit kerana anda mengamalkan gaya hidup moden. Purata seorang mempunyai 3 keping kad kredit. Anda pun terpaksa (bagi saya sukarela sebab anda tidak endah saranan agen untuk membuat perlindungan) mengeluarkan tunai daripada kad-kad tersebut.
Andaikan kad anda tiada hutang tertunggak, had maksimum RM5000 sekeping kad, maka anda telah berhutang dengan bank sebanyak RM15000 beserta faedah 1% sebulan!!! Namun wang itu masih belum cukup merawat sakit jantung yang memerlukan RM50,000.00. Maka anda berhutang pula dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran dan mungkin AHLONG!!!
Jika anda bernasib baik mereka ini menolong anda tanpa banyak soal, persoalannya..bilakah anda mampu melangsaikan hutang-hutang ini? Anda harus ingat kos selepas pembedahan juga anda perlu fikirkan.
Pepatah yang saya gunakan ialah :
“baik bayar bulan-bulan sebelum sakit daripada
bayar bulan-bulan selepas sakit”
Maksudnya jika anda mengambil langkah komitmen bayar bulan-bulan polisi PruBSN Takaful anda tidak akan menghadapi situasi ini dan jika anda enggan dan sombong anda akan bayar juga bulan-bulan namun untuk hutang yang anda buat sehinggakan anda akan hidup dalam kesusahan!!! Ketika ini anda sakit badan dan anda “sakit wang”!!! Andakah anda setuju dengan pepatah saya ini?

Langkah 4
Merayu Kepada Masyarakat
Apabila pinjaman sudah dibuat..mungkin anda berjaya mendapat pinjaman dan mungkin juga anda GAGAL mendapatkan pinjaman, langkah seterusnya menulis email kepada pihak BERSAMA MU TV3, akhbar-akhbar dan juga pengumuman di masjid-masjid. Sewaktu ini anda akan merayu-rayu orang menolong anda. Adakah anda tidak rasa malu?
Jika anda seorang fakir miskin saya tidak herdik mereka kerana mereka tidak mampu membeli pelan takaful namun anda yang mampu sengaja menidakmampukan diri untuk memiliki pelan takaful. Saya tidak akan menolong orang golongan ini. Adakah anda ingin masuk surat khabar atau televisyen untuk merayu? Jika tidak…teruskan pembacaan….
Langkah 5
Merayu Memohon Polisi

Setelah sedar akan payah jerih menanggung kos rawatan yang dipikul dek kerena enggan dan sombong untuk tidak memiliki pelan takaful, dengan rela hati maka datanglah mereka kepada agen mereka. Namun ketika itu tiada lagi harapan dan pertolongan yang dapat diberikan kerana apabila anda sudah sakit tiada satu syarikat takaful akan melindungi anda. Semuanya dah terlambat…harap maaf!!!
Begitulah keadaan seseorang yang tiada perlindungan semasa berjuang untuk merawat sakit yang dihadapi. Kesannya semua wang ringgit dan harta benda telah tergadai. Nasihat saya janganlah anda yang kini sedang membaca artikel saya ini bertindak seperti orang sedemikian.
Soalan saya :
“Adakah anda rasakan 5 langkah ini bijak atau sebaliknya?”

Jika YA…akan boleh teruskan dan jika TIDAK anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan langkah EXTRAVAGANZA daripada saya…saya akan tolong anda mendapatkan polisi yang terbaik dan sesuai untuk anda di bawah pelan PruBSN Takaful.
Serendah RM100 anda mampu menyelesaikan masalah kewangan merawat penyakit sehingga RM50,000.000 setahun atau anda inginkan perlindungan maksima RM1,500,000.00 setahun?
Saya boleh bantu anda. Hubungi saya di talian 0129093444 atau email : atiqaziz_84@yahoo.com

No comments:

Post a Comment